Wednesday, November 11, 2009
MY BLOG IS NOW UNDER RE-CONSTRUCTION...
THE NEW FRESH LOOK WILL BE COMPLETED BY 15 NOV 2009...
SEE YA!
Monday, November 9, 2009
ANY SUGGESTION?
PLEASE PLEDGE YOUR OPINIONS...
I REALLY APPRECIATE YOUR PARTICIPATION HELPING TO ENHANCE MY BLOG IN THE FUTURE...
MEET ME ON HOTTEST FACEBOOK
WWW.FACEBOOK.COM/FAIZAL.DZASRIK
Wednesday, September 9, 2009
DZAS IDEOTHERAPY : PENIPUAN DALAM PERCINTAAN
Bila melihat gambar di atas, mungkin ada di antara berasa kurang senang, bukan? Yelah, dalam bulan baik ini terkeluar pula gambar yang tak senonoh ini dalam blog saya. Bagi saya normal, bagi perhubungan yang halal...maknanya dah kahwin. Tetapi bagi mereka yang belum kahwin atau sedang dilamun cinta gambar ini macam perli mereka saja...hahaha.Biasalah tu...fitrah alam. Memang semua pasangan keinginannya begini suatu masa nanti. Apabila sudah sah bergelar suami isteri...buatlah apa saja yang anda mahu. Teruskan...segalanya sudah pasti direstui. Hehehe.
Tengok pula topik di atas sedikit mencabar untuk dibicarakan. 'Penipuan dalam percintaan'. Berapa ramai sebenarnya lelaki atau gadis menipu dalam kisah percintaan mereka? Berapa ramai yang benar-benar jujur? Adakah anda puas hati kerana memilih pasangan masing-masing? Atau sekadar melepas batuk ditangga? Macam-macam persoalan yang boleh berbangkit.
Bagi saya, jika mahu bercinta atau diberikan peluangkan kepada saya untuk bercinta kelak seboleh-bolehnya biarlah cinta yang sejujurnya. Mudahkan perjalanan hidup. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. Sebenarnya susah benar untuk memilih pasangan hidup yang sesuai.
Bagi saya seboleh-bolehnya 80% ke atas ciri-ciri seseorang wanita itu seharusnya menepati selera idaman saya sudah memadai untuk disunting sebagai suri rumah saya kelak. Lagipun 80% tahap minima untuk markah 'A', bukan?
Pokok paling utama yang saya lihat adalah 'budi bahasa dan budi pekertinya' terlebih dahulu. Bagi saya asas ini penting untuk dinilai sebagai penanda aras setiap apa jua keputusan dan buah fikiran sebaik-baiknya dikawal oleh fikiran yang waras dan pertimbangan yang sehalus-halusnya. Lelaki ada 9 akal & 1 nafsu. Perempuan pula 1 akal & 9 nafsu. Saya mencari kualiti lebih daripada 1 akal!
Bukti penipuan percintaan zaman masa kini boleh dilihat sebagai suatu cabaran. Banyak sangat kes apabila seorang lelaki bercinta dengan ramai gadis. Perkara normal tetapi jika 'kurang bijak' akhirnya terperangkap dengan permainan 'kayu tiga' sendiri. Di sana menanti...di sini menunggu. Nak kahwin hanya satu! Nak pilih mana satu ni?
Tersalah pilih yang kurang baik, terlepas pula gadis yang terbaik. Macam satu perjudian. Main tikam-tikam sahaja. Hmm...yang ini masalahnya. Bagi saya calon yang terbaik adalah calon isteri yang disenangi oleh semua lapisan orang yang berada di sekeliling si suami nanti. Lelaki kan ada 9 akal!
Bagi yang perempuan pula. Jangan terkejut sudah menjadi perkara biasa, seorang perempuan kini boleh bercinta secara serius dengan lebih daripada seorang lelaki. Apa yang perempuan seperti ini mahu sebenarnya?
Sama sahaja. Whose the best to become her husband? Dari segi apa? Selain 'kasih sayang', mereka sebenarnya lebih melihat siapakah lelaki yang mampu memberikan segala kelebihan apabila si dia menjadi isterinya kelak. Ramai perempuan boleh menjadi pendengar yang baik bagi cerita si lelaki yang hidup susah. Sekadar memahami. Bila diajak untuk menyelami sebenar hati budi si lelaki ini, perempuan tersebut terlebih awal cuba mengelak. Boleh dibilang dengan jari. Itu lumrah alam. Siapa yang hendak hidup susah?
Bagi saya, jika dengan izin Allah swt sekelip mata seseorang itu boleh susah dan sekelip mata sahaja seseorang itu boleh kaya? Adakah kita mampu melawan kehendak Allah swt? Saya memilih potensi seseorang wanita...selaku isteri, pendidik dan penyokong kuat perjalanan saya kelak. Seorang yang idealistik bukan materialistik!
Bagi saya penipuan yang sangat dahsyat apabila tidak jujur kepada diri kita sendiri. Bercinta dengan orang lain, tetapi mengambil keputusan untuk berkahwin dengan orang lain. Tidakkah itu gila namanya? Bayangkan seumur hidup anda bersuami/beristerikan orang yang dikahwininya tetapi di jauh di sudut hati sebenarnya sangat menyayangi orang lain.
Lelaki mungkin ada tiga lagi kuota...sekurang-kurangnya masih ada jangka waktu. Tetapi yang kelakarnya bagi si perempuan...perrghhh!!! Memang gila namanya. Jika sudah mengetahui sesuai antara diri masing-masing, mengapa tidak berjuang untuk jodoh yang baik seperti ini? Mengapa perlu mengalah? Alasan...tiada jodoh. Bukan tiada jodoh, sebenarnya...lebih kepada tersalah langkah dan tidak jujur dalam perhubungan. Berjuanglah woi! Ini masa depan dan hala tuju korang semua seumur hidup! Pilihlah yang terbaik! Hanya cinta yang jujur sahaja kekal sepanjang hayat.
FAIZAL DZASRIK
P/S : Saya mengorat tak pandai...menyakat terror gila. Jujur nih...jujur. Hehehe
www.facebook.com/faizal.dzasrik
Saturday, September 5, 2009
DZAS FASHIONISTA : LEVI'S STRAUSS FALL/WINTER 2009



Levi's bagi saya tetap klasik dan bermutu tinggi. Tak lengkap koleksi pakaian kita tanpa denim. Jenama terunggul denim paling unggul tentunya Levi's.
Friday, September 4, 2009
DZAS SPEAKERAMA : SAYA TIDAK GEMBIRA...

Assalamualaikum semua...apa khabar? Saya harap anda semua sihat dan baik-baik belaka. Dah lama juga, hampir sebulan saya tidak mengup-date blog ini kerana detik sejak akhir-akhir ini saya terlalu sibuk memikirkan banyak perkara tentang hidup, kerjaya dan masa depan saya. Fikiran saya sangat tidak tenteram memikirkan pelbagai ujian termasuk kedatangan rezeki, kemelut perhubungan, aturcara kehidupan dan tanggungjawab saya terhadap orang-orang yang saya sayang.
Sebagai mana yang anda kenali saya melalui laman blog ini, saya menyatakan bahawasanya saya adalah Comedy & Social Life Style Novelist. Hebat sungguh bunyinya, bukan? Memang benar itulah keceriaan dan kemahuan diri saya. Saya telah berjaya menghasilkan dua buah novel yang sebenarnya dengan mesej kegembiraan dan keceriaan kepada pembacanya. Saya cuba menulis sedaya upaya memberikan yang terbaik dan setiap muka surat dengan misi membuatkan setiap pembaca ketawa serta gembira.
Tetapi hakikatnya, dalam setiap kebelakangan ini saya bukan merupakan orang yang selalu gembira. Ekoran tekanan hidup dan faktor sekeliling, biasanya saya lebih banyak bermuram dan tidak bahagia. Saya suka buat orang lain gembira. Itu kebolehan saya. Hakikatnya, adakah orang-orang lain sekeliling saya mampu membuatkan saya gembira? Kenyataannya tidak. Saya seorang penulis profesional. Kerjaya saya sering dipersoalkan oleh orang yang tersayang. Sejauh mana saya mampu berjaya? Mereka tidak tahu, hanya pembaca-pembaca buku saya saja yang tahu. Sekian lama saya mendiamkan diri dalam dunia penulisan, keinginan saya untuk kembali meluap-luap kerana idea saya melimpah ruah. Namun, kerana hormatkan orang yang tersayang adakalanya saya beralah. Saya diminta melakukan usaha lain, saya lakukan. Namun, tidak sebaik usaha telus melalui keinginan saya yang ini. Dunia penulisan.
Adakah anda semua percaya saya sebenarnya kurang gembira? Setiap mesej, facebook, ucapan mahupun yang pernah berchat dengan saya pasti musykil. Kerana saya seorang pelawak dan penyakat yang baik. Namun, itu saja momen kegembiraan yang saya ada. Buat saya lupa seketika tentang kesedihan saya. Terima kasih banyak-banyak kepada semua peminat. Saya pasti akan kembali untuk memberikan yang terbaik buat anda semua.. Cuma satu permintaan saya, doakanlah kegembiraan saya...
FAIZAL DZASRIK
P/S : Masih banyak yang mahu diceritakan, namun cukuplah setakat ini saja. Saya biasa menanggung kesedihan sendirian sahaja.
Friday, July 31, 2009
DZAS FASHIONISTA : BABY PHAT F/W 2009 BY KIMORA

Sunday, July 26, 2009
DZAS X-CLUSIVE : PERGINYA...YASMIN AHMAD KE RAHMATULLAH...
Innalilahiwainalilahirajiun....Apabila menulis blog entry ini, saya rasa sedikit terkejut dan masih lagi tergamam dengan berita yang menggemparkan ini. Tanahair kini kehilangan sebutir permata seni yang sangat bernilai dan bercahaya di persada dunia hiburan.
Masakan saya kurang percaya, sedang saya membaca suratkhabar The Star hari ini, saya seolah-olah tidak percaya bakat yang hebat ini telah pergi ke rahmatullah buat selamanya. Saya rasa hiba kerana masih belum puas melihat dan menyaksikan karya-karya saban tahun. Wanita hebat ini terkenal dengan ekspresi tersendiri dalam membangkitkan mesej perpaduan melalui karya-karyanya sama ada dalam bentuk filem mahupun iklan komersil.
Siapa yang tidak kenal dengan wanita ini, setiap musim perayaan, saya tertunggu-tunggu idea kreatifnya menerusi iklan Petronas. Wanita ini sangat memahami apa itu 'Malaysia'.
Ilhamnya sangat ringkas tetapi metaforanya mendalam.
Paling menyentuh perasaan beberapa tahun dulu, Yasmin mengarahkan Iklan Raya Petronas (tahun yang mana saya tidak ingat), di mana watak seorang budak lelaki kecil mengeluh dan merasa bosan kerana terpaksa mengorbankan masa mainnya dengan rakan sebaya. Budak lelaki ini terpaksa membantu ayahnya membuat kerja-kerja kampung. Budak ini 'fed-up' lalu menghantar surat layang kepada ayahnya meminta upah dengan sejumlah wang. Ayahnya membalas balik dengan menulis surat semula kepada ayahnya. "Harga beras, upah susu, lampin kain, belanja sekolah semua bernilai RM 0. Sebabnya, 'ayah sangat sayang anaknya'. Footage terakhir iklan ini apabila anak lelaki telah pun dewasa dan menyedekahkan alfatihah kepada arwah ayahnya di kawasan perkuburan bersama anaknya.
Apa yang saya boleh katakan, saya terlalu terharu apabila menonton iklan tersebut. Adakalanya bila mengenangkan iklan ini saya tiba-tiba mengalirkan air mata. Begitu hebatnya mesej dan buah fikiran Yasmin Ahmad. Dan saya tahu, menerusi respon penonton semuanya terharu dan iklan tersebut mendapat pujian menggunung.
Kreativiti Yasmin bukan itu sahaja. Menerusi filam-filem arahannya, Rabun, Sepet, Gubra, Mualaf, TaleNTime dan lain-lain boleh dianggap karya-karya perpaduan yang sangat hebat. Yasmin berjaya mengangkat intipati masyarakat majmuk Malaysia ke tahap antarabangsa. Dunia luar tidak percaya betapa indahnya budaya dan cara hidup Malaysia, Yasminlah 'cermin' kita di luar sana.
Elemen Yasmin tidak terhad kepada karya perpaduan sahaja. Jika dinilai dari beberapa sudut mendalam, Yasmin bijak menyampaikan humor dan kasih sayang dengan selamba dan 'bukan lakonan' dalam setiap filemnya. Wanita ini menggarap setiap filem seolah-olah 'ceritanya benar-benar berlaku dan tiada skrip'. Sangat natural!
Saya amat mengagumi nama ini dari dalam hati saya. Saya pernah berazam, suatu hari nanti saya mahu menjadi hebat sepertinya. Dulu saya fikir, Yasmin mungkin membawa Oscar untuk Malaysia buat kali pertama. Nampaknya Allah swt lebih sayang kepadanya.
Terima kasih Yasmin Ahmad, you're so much gifted lady I ever saw. I always admire you! Marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepadanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.
FAIZAL DZASRIK
P/S : Jelas, Allah swt akan cepat-cepat menjemput orang yang disayangi-Nya.
www.facebook.com/faizal.dzasrik
Monday, July 13, 2009
DZAS FASHIONISTA : GIORGIO ARMANI / ARMANI JEANS FALL - WINTER 2009


www.facebook.com/faizal.dzasrik
Friday, July 10, 2009
DZAS SPEAKERAMA : SWEAT FOR SWEETS

During this week, my work load is hectic! Co-joining partnership in a new business (unrevealed until everything goes fine), the return of me as a writer with my latest fresh novels and another venture in agricultural which still on going process from experiment yet to become commercialize soon.
I really don’t know when exactly I’m going to take a break. Forecast to my new commitment next, I will not have enough time to be a normal man to enjoy working at day time and without having extraordinary fun night life!
No more sit back and relax, but all it’s about working all my guards! It’s sound so materialistic when we put a lot of effort to achieve success and discover as many as fortune that we could possible to earn. But ironically, we all have dreams. My greatest dream is to see my family living better life in future.
My dad was in his young age, had worked so damn hard to give his ‘sweets’ to help his parents to raise other younger siblings. So much money earned, and yet so much money gone to be distributed his parents. As well as my mum gave up school and sacrifice plenty of time to take over the role of her mum as single mother to look after her other siblings.
My dad is successful person as leader and top brass officer in government sector but, his belongings is not comparatively up to his position and standard.
Being a boy who supposed to live in large life and stuck in the middle of crisis of real life happen!
My dad once said to me “It’s enough to have both of my children (me and my sister). I would be so sad if fail to fulfill my duty as father to feed others (if I have another sibling)”.
I’m so thankful to have father like him. He actually never fails to make me and my sister happy.
Although as much as rollercoaster life ups and downs, for sure the next thing for me is to work hard to fight for our fortune. It’s not just responsibilities, but a spirit soon for me to be better contender to fight for ‘my own fortune’ for ‘my own family’ soon.
I believe I’m not hesitating when working hard for my family. For me, parents could look after of their children, but for us as a child as no guarantee could possibly take care of our parents!
Money can’t buy me love! Only stability!
FAIZAL DZASRIK
P/S : People always looking for happy ending story!
www.friendster.com/faizaldzasrik
www.myspace.com/faizaldzasrik
http://www.tagged.com.faizaldzasrik/
Friday, July 3, 2009
DZAS VERSUS : JATUH HATI VS JATUH CINTA!

- Mula merasakan getaran cinta sedang melanda dalam benak fikiran dan seluruh jiwanya. Pendek kata mula syoklah! Dah mula berangan-angan akan si dia yang berada di depan mata. Haha!
- Cuba merapati 'prospek cintanya' dalam apa-apa cara sekali pun. Mula hantar smslah, take carelah, hantar hadiahlah, bagi pesananlah dan yang paling seronok sekali apabila berbual akan melayangkan kata-kata 'mendalam' atau 'double meaning'. Inilah perilaku yang paling mahal sekali! Perghh! Thrill betullah.
- Bersungguh-sungguh dalam membuat sebarang bentuk percubaan. Macam-macam cara. Ada yang dulu tak lawa, tiba-tiba sekarang dah pandai melawa. Ada yang akan cuba membuktikan sesuatu kepada si dia yang diminatinya. Malah ada juga yang sanggup merentasi lautan api. Haaa...yang ini agak bodoh sikit. Matilah kalau terjun lautan api. Lu fikirlah sendiri beb!
Petanda Jatuh Cinta
- Bila getaran kita bergetar-getar....dan orang si dia di sana pun ada getarannya juga. Haaa...petanda baiklah ni. Tak semestinya kena vibration. Sekadar suka dan memberi perhatian pun dah cukup baik bagi orang di sana. Oklah tu! Itu petanda awal yang begitu menyenangkan.
- Apabila pemberian dan segala usaha kita mula dihargai. 'Aprisiasi' oleh seseorang yang memberikan 'inspirasi'. Sedih juga bila kita berusaha tetapi tidak dihargai. Dari sini, kita boleh melihat hati budi orang kita sukakan itu.
- Air mukanya sama macam muka kita sendiri dalam cermin. Maknanya, kalaulah ada serupa sedikit maka adalah peluang untuk kita mengorak langkah mara ke hadapan.
Pengalaman Jatuh Hati
- Kalaulah ikutkan episod yang lampau, adalah sedikit cinta monyet. Tapi, sekadar suka-suka. Cinta budak sekolah darjah empat bolehkah ke jinjang pelamin? Mungkin ada, tetapi perjalanan hidup masih jauh. Hehehe. Kecik-kecik dah gatai. Apa nak jadi budak-budak zaman sekarang ni. Hehehehe.
Pengalaman Jatuh Cinta
- Sememangnya ada beberapa kes terdahulu. Sejak zaman matriks, ada juga dua tiga orang perempuan yang cuba meminang manja dengan saya, tetapi saya rasa belum sampai masanya lagi. Saya lebih berazam ingin belajar dan menaikkan karier terlebih dahulu. Lagi pun, saya rasa saya kurang sesuai dengan wanita yang kebanyakkannya sebaya dengan usia saya. Yalah, banyak awek yang sebaya nak cepat kahwin, sedangkan si pakwe baru sahaja hendak memulakan hidup. Bagilah bernafas dulu!
- Setakat hari ini belum ada yang boleh saya panggil sebagai kekasih. Sedihkan? Tapi, saya tak kisah kalau kita berdoa dan berusaha pasti jodoh akan datang jua. Apa yang penting kita terus berikhtiar. Sekarang ni saya tengah berikhtiarlah ni. Sebab saya sudah bersedia untuk jodoh saya! Chewah! Azam baru ni.
Sebenarnya, saya sedang mencari peluang menyatakan perasaan 'jatuh hati' saya pada seseorang. Saya sebenarnya sukakannya kerana 'chemistry' dan 'ciri-ciri' padanya yang memang saya cari selama ini ada TEPAT padanya. Setakat ini saya berhubung dengan baik. Dia menjawab setiap perbualan saya dengan baik. Bagi saya, dia bukanlah secantik Miss World, tetapi sememangnya 'kesederhanaannya' sangat-sangat menambat hati saya. Selain itu, saya punya 'kisah tersendiri' yang mengukuhkan lagi, mengapa saya sangat menyukai si dia dan menganggap dia jodoh terbaik untuk saya dan percaya dengan yakin bahawasanya saya juga adalah terbaik untuknya.
Hmm...saya tidak pasti sama ada saya masih berpeluang untuk meluahkan rasa hati saya kepadanya. Saya harap kepada Allah swt dibukakan jalan yang cerah untuk memberi peluang keemasan ini kepada saya. Sekali seumur hidup untuknya tahu yang saya sangat 'jatuh hati' kepada si dia...jadilah. Saya memang bersungguh-sungguh. Saya sebenarnya berjanji, jika ditakdirkan si dia memang jodoh saya, saya akan jaganya sebaik yang mungkin sehingga ke akhir saya. Niat saya ikhlas dan suci datang dari hati saya.
Saya tidak meletakkan harapan yang tinggi tetapi jiwa saya setiap hari semakin membesar untuk mencintainya sepenuh hati saya. Sekiranya si dia tahu, bahawasanya saya sangat menyukainya, harapan saya cuma satu. Semoga Allah swt membukakan pintu hatinya untuk menimbangkan saya 'seadanya' ini sebagai jodoh abadinya pada suatu masa nanti. Amin.
FAIZAL DZASRIK
P/S : Jika saya ada jodoh dengan si dia yang saya ceritakan ini, si dia akan mendapat kesemua novel-novel karya saya secara percuma sehingga ke akhir hayat! Hehehe. I love her so much! She's special!
Thursday, June 11, 2009
DZAS SPEAKERAMA : SPREAD YOUR WINGS AND BECOME A BUTTERFLY
Saya suka rama-rama.Bukan kerana saya peminat setia lagu-lagu ballad Mariah Carey, tetapi ciptaan-Nya ini adalah suatu yang sangat 'magikal' dan indah untuk direnungkan.
Daripada kepompong bertukar menjadi rama-rama yang warna-warni dan terbang tinggi mencari haluan hidupnya.
Kisah hidup setiap orang tidak sama. Sememangnya kita mengejar kebahagiaan dan kesempurnaan dalam hidup. Jika mengenang zaman kesusahan, kita akan bersedia bekerja kuat untuk hidup lebih baik pada masa akan datang.
Seekor rama-rama yang cantik adalah hasil daripada kedewasaan selepas melalui zaman kepompongannya. Kebelakangan ini, saya rasa benda yang sama. Saya semakin bersedia untuk menjadi lebih matang dan lebih dewasa untuk menjengah dunia masa depan.
Saya percaya kepada setiap orang sebenarnya sudah tertulis kisah kehidupannya. Cuma kita sebagai manusia yang juga hamba-Nya ini sejauh mana mampu merancang agar hidup kita menuju ke gerbang kegembiraan dalam semua aspek pada masa akan datang.
Dalam hidup saya bermula awal tahun ini sehingga ke hari ini, sungguh menampakkan suatu sinar cahaya yang cerah. Saya teruja dan gembira.
Saya lebih menyayangi hidup dan menghargai setiap minit kehidupan berbekalkan tekad dan keazaman yang kuat ingin bergelar orang yang berjaya kelak.
Puncanya mudah saja. Jika kasih sayang kita benar-benar dihargai, justeru inspirasi hidup akan sentiasa menyinari perjalanan hidup kita.
Walaupun saya menyedari hakikat bahawasanya saya masih ada beberapa kekurangan, namun begitu kelebihan lain yang diberikan Allah swt kepada saya, akan dipergunakan sebaik mungkin untuk memperbaiki segala kelemahan saya.
Wajar bagi saya untuk terus berfikiran positif, kerana hanya dengan minda yang positif kita akan menjadi orang yang positif. Insya-Allah!
FAIZAL DZASRIK
P/S : I'll grow up even more better this time. Spread my own wings and become a butterfly! I've see a 'beautiful flower' with tonnes honey. Now, it's all up to me how to create the 'scenary' a better picture.
www.friendster.com/faizaldzasrik
www.myspace.com/faizaldzasrik
www.tagged.com/faizaldzasrik
DZAS REMOTE CONTROL
DZAS BIZ : Open Business Opportunities
Business is always be the 'signature mild stone' to achieve success in life. Most of the sucessful personalities in this world are businessman and entrepreneur. I'm running on and be a member of local potential business community. I'll share my business opportunities and expertise to public as Business Development Advisor. For more details, all Malaysian bloggers are mostly invited to call or sms me at 012-6033956 (maxis) or o13-6440553 (celcom). I'll bring you up! See Ya!










